Istighfar cara mudah hapuskan dosa
RASULULLAH bersabda yang bermaksud: “Demi Allah, jika kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.” (Hadis riwayat Muslim).Sudah menjadi lumrah, setiap manusia tidak boleh terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan manusia bersifat pelupa, lalai, sering mengikut hawa nafsu serta mudah dihasut oleh godaan syaitan.Sesungguhnya, dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan, tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa mahu kembali bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.Oleh itu, beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana boleh menghapuskan dosa yang dilakukan. Tetapi sayangnya, kita sukar sekali mengamalkan istighfar, padahal ia sungguh ringkas dan mudah.Akhirnya bertambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari lantaran kelalaian serta tabiat suka bertangguh.Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah, malah ia sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang.
Jul 25, 2004
Dari Berita Harian..buat renungan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment